Friday, May 15, 2009

Bab 4

“Ekha, kau perasaan tak mata cikgu Balqis sembab lah macam baru lepas menangis.” ujar Rosya sambil memerhatikan Syafrina.

“Tapi dia asyik tersenyum je. Takde tanda pun yang dia sedang bersedih, mungkin dia tak cukup tido kot.” Ekha dan Rosya berjalan menghampiri Syafrina.

“Assalamualaikum cikgu. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?” sapa Ekha.

“Walaikumussalam, tolong cikgu bawa barang-barang nie, boleh?” Syafrina menunjukkan tiga beg plastik yang terdapat di bonet keretanya.

“Boleh cikgu” serentak Ekha dan Rosya menjawab.

Ekha dan Rosya membantu Syafrina mengangkat barangan tersebut sampai rumah Syafrina. Syafrina mengajak mereka masuk ke dalam rumah. Ekha dan Rosya melangkah masuk sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah Syafrina.

“Letak je plastik tu kat situ.” arah Syafrina sambil menunjuk ke arah meja makan di tengah. Ekha menuruti arahan Syafrina sambil diikuti oleh Rosya.

“Terima kasih lah kamu dah susah-susah bantu cikgu.” Syafrina menghulurkan sehelai keping RM5 kepada setiap seorang.

Ekha dan Rosya berpandangan antara satu sama lain dan menggeleng-gelengkan kepala mereka berdua kepada Syafrina. “Kami buat nie dengan ikhlas cikgu, tak minta apa-apa pun. Cikgu dah jaga kami pun dah bersyukur. Tambah-tambah lagi Ekha nie memang nakal cikgu.” Rosya tersenyum dan sempat mengenakan Ekha.

“Paku serpihan la kau nie.” Ekha menyiku lengan Rosya.

Ketawa meletus dibibir mereka bertiga dan sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihan Syafrina seketika. Mengenangkan gelagat pelajarnya, Syafrina pasti akan merindui mereka semua. Sejurus selepas mereka berdua pulang, Syafrina mengemas barang di dalam plastik sambil memikirkan perkara yang baru dia ketahui. Bermacam-macam persoalan yang muncul difikiranya, siapa ibubapa kandungnya, kenapa dia dibuang dan kenapa dia ditinggalkan di depan rumah Hajah Salmah. Tapi yang dia pasti, selagi hayat dikandung badan Hajah Salmah tidak akan diabaikan.

“Daripada aku memikirkan perkara yang tidak ada jawapan nie. Lebih baik aku cari jalan cara membantu mengumpul biaya pembedahan Faisal.” omel Syafrina.

Syafrina melihat jam dipergelangan tangannya dan mendapati jam menunjukan pukul 3.30 petang. Syafrina segera mengambil wuduk bagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang umat islam.



Seusai solat berjemaah isyak di surau, semua pelajar putri Blok Teratai diminta berkumpal di bilik televisyen. Syafrina masuk ke dalam bilik itu dan semua pelajar senyap untuk mendengar kata-kata Syafrina.

“Malam nie cikgu nak kamu ambil perhatian apa yang cikgu nak bagi tau kamu semua beberapa perkara.” Syafrina memulakan mukadimahnya.

“Sebelum kamu semua balik rumah masing-masing esok sempena cuti sekolah. Cikgu nak keadaan dorm kamu bersih dan kemas.” Syafrina memberitahu perkara yang sudah acap kali diulang setiap kali sebelum pelajarnya balik bercuti.

Kelihatan ada pelajar yang merungut dan ada juga yang menganggukkan kepala. Syafrina melihat muka pelajar-pelajar yang akan dirindui gelagat mereka selama dua minggu. Syafrina mengucapkan selamat bercuti kepada pelajarnya dan meminta mereka menjaga diri dengan baik.

“Cikgu akan letak kad balik kampung kamu kat bilik televisyen nie tepat pukul 2.30 petang.” Syafrina memberikan senyuman kepada mereka.



Keadaan asrama sunyi sepi tanpa suara penghuni Blok Teratai membuatkan Syafrina berasa sayu. Syafrina tidak melayan perasaannya lama kerana terganggu dengan bunyi ketukan di pintu rumahnya. Syafrina masuk ke bilik dan mengenakan tudungnya dengan kemas. Syafrina membuka sedikit pintu rumahnya dan melihat ada seorang lelaki di luar rumahnya.

“Encik nie sape?” tanya Syafrina was-was.

“Nama saya Zafran. Saya datang nie nak ambil adik saya, nama dia Zizi Maznah.” terang Zafran.

“Setahu saya, semua pelajar dah pulang ke rumah selepas pukul 2.30 petang. Takde sesiapa lagi yang tinggal.” Syafrina memberitahu Zafran dengan yakin.


“Kalau macam tu, takpe la. Terima kasih.” ucap Zafran.


Zafran mula mengorak langkah tetapi berhenti dan memusingkan badannya. “Saya nasihatkan elok awak pulang ke rumah family awak sebab tak selamat anak dara tinggal sorang-sorang. Bahaya !!” nasihat Zafran dan terus melangkah pergi.


Syafrina terkebil-kebil dengan teguran Zafran dan menghantar permergian Zafran hingga kereta Zafran hilang membelah malam. Syafrina mengambil keputusan mengikut nasihat Zafran dan mula mengemas pakaiannya. Syafrina bercadang hendak membawa Hajah Salmah bercuti ke Cameron Highland. Syafrina memikirkan pertemuannya dengan Zafran dan tidak jelas bagaimana rupa Zafran kerana kesamaran malam. Syafrina hanya mendapati Zafran seorang yang kasual dari segi pemakaiannya.

2 comments:

  1. panjang sangat entry ko, gua cadang ko submit semua cerita ko nih kat gang Sindiket Sol-Jah..!! amacam..?

    ReplyDelete
  2. ko search je (sindiket sol-jah) kat google.

    ReplyDelete