Mesyuarat berjalan selama dua jam bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang memerlukan bantuan dalam kewangan bagi menjalani pembedahan pemindahan jantung. Penyelesaian yang mereka persetujui ialah menyiarkan masalah ini di akhbar bagi meminta bantuan orang ramai. Tugasan ini telah diserahkan kepada Syafrina dan Raihana.
“Ana, apa pendapat Ana kalau kita siarkan masalah ini di akhbar Berita Harian dan News Strait Time kerana akhbar ini merupakan akhbar yang menjadi pilihan masyarakat sekarang.” cadang Syafrina.
Raihana menganggukkan kepalanya sambil memikirkan sesuatu.
“Boleh juga tu, lagi pun ramai ahli korporat dan dermawan yang lebih memilih akhbar yang menggunakan tulisan English.” Raihana menyokong cadangan Syafrina.
“Tambahan pulak negara kita mempunyai masyarakat majmuk yang tak semua bleh membaca dalam bahasa ibunda kita. So bleh kita mendedahkan lagi masalah nie pada orang ramai.” Mereka berdua meneruskan perbincangan mereka sewaktu makan tengah hari.
Keadaan di dalam kelas terus senyap sunyi apabila Syafrina melangkah masuk ke dalam kelas 4 Mekanikal 3. Syafrina memerhati sekeliling kelasnya sambil mengutumkan senyuman.
“Assalamualaikum semua.” Syafrina memulakan bicara dan dijawab serentak oleh pelajarnya.
Syafrina memperkenalkan dirinya kepada pelajar tingkatan 4 Mekanikal 3.
“Nama cikgu adalah Balqis Syafrina dan cikgu akan mengajar kamu subjek Lukisan Kejuruteraan serta cikgu adalah guru tingkatan kamu. Cikgu ingin mengucapkan selamat menjadi warga Sekolah Menengah Teknik Gombak.” Syafrina memulakan sesi suai kenal antara pelajarnya.
Syafrina meminta setiap pelajarnya memperkenalkan diri masing-masing dan bercerita tentang biodata diri. Untuk menambahkan keseronokkan mereka, Syafrina mengadakan permainan mencari kawan yang sama bulan lahir dan warna kegemaran. Kelas 4 Mekanikal 3 riuh dengan suara jeritan dan gelak tawa pelajar.
Ketukan dipintu serta salam yang diberi memberhentikan permainan mereka. Di depan pintu, terjengul muka tiga penghuni dorm Teratai 2 yang sedang tersengih.
“
“Betul tu cikgu, lagi pun kita orang nie datang saja nak tengok junior sambil beramah mesra dengan dorang.” Rosya memandang sekeliling dan melihat pelajar junior kehairanan melihat mereka.
“Kamu ni Ekha, kalau bab mencari alasan memang kamu nombor satu dan yang selalu menjadi penyokong setia kamu tak lain tak bukan Rosya lah.” Ekha dan Rosya tersengih dan tersipu apabila ditegur begitu.
“Tapi bagus lah kalau kamu ada sikap setiakawan.” Ekha dan Rosya tersenyum apabila diberi pujian.
“Cikgu, janganlah puji budak berdua nie lebih-lebih. Saya yang kat tengah-tengah nie tak cukup ruang nak bernafas cikgu.” Terang Iza sambil memandang kedua-dua kawannya.
“Apasal pulak kau tak cukup ruang nak bernafas? Jauh je jarak kau dengan kita orang.” tanya Ekha kehairanan.
“Sebab korang bila kena puji mula lah kembang semua anggota badan. Sampai sempit aku dibuatnya.” Jawab Iza sambil menjauhkan diri nya dan ketawa.
“Cis ! Aku ingat apa la tadi. Ekha apa lagi malam nie ada lah tilam orang tu ada kat atas tanah.” Rosya memberi cadangan dan serta merta muka Iza berubah reaksi.
Syafrina hanya menahan ketawa melihat gelagat pelajarnya. “Dah kamu bertiga nie, tengok junior kamu semua hairan. Perangai kakak senior dorang lebih kurang sama je macam budak-budak.”
Mereka bertiga memandang sekeliling dan meletus gelak tawa dari mulut meraka. Berbagai reaksi yang ditunjukkan oleh junior mereka yang kehairanan, ada yang mengaru-garu kepala dan terkebil-kebil melihat mereka.


No comments:
Post a Comment