Syafrina teringat akan reaksi Raihana apabila dihulurkan cek yang diterimanya dari setiausaha Encik Mikail. Raihana terkejut dengan angka yang tertera kerana lebih banyak dari biaya pembedahan.
“Betul ke nie Rina? Banyak sangat la, macam tak percaya pulak sebab lebih dari biaya pembedahan Faisal nie.” Raihana menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal. Syafrina hanya menggangukkan kepalanya sambil mengangkat bahunya.
“Penderma nie memang dermawan lah Rina kalau buat suami memang best. Dah lah dermawan, mesti dia pun penyayang dan baik hati sebab sudi membantu orang lain.” Raihana meluahkan pendapatnya sambil tersenyum.
Syafrina bersetuju dengan Raihana kerana ianya adalah ciri-ciri yang patut ada pada setiap manusia supaya dapat meringankan beban orang miskin. Ketukan dipintu mematikan lamunan Syafrina.
Dia melihat Raihana melangkah msauk dengan muka yang sedih dan meminta Syafrina ke pejabat untuk menjawab panggilan penting. Syafrina tergesa-gesa berjalan ke pejabat sambil diikuti oleh Raihana yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Raihana meminta Syafrina tabah sebelum menjawab panggilan tersebut. Syafrina menjawab panggilan tersebut seketika kemudian keadaan senyap sepi hanya kedengaran tangisan yang keluar. Syafrina merasakan dunianya gelap gelita dan terus kelam.
************************************************************************
“Ibu jangan tinggalkan Rina. Ibu…. Ibu…” Syafrina terasa akan usapan di pipinya dan kedengaran suara memanggilnya.
“Rina, bangun nak” suara asing yang tidak pernah didengari oleh Syafrina sebelum ini. Syafrina membuka matanya dan memandang sekeliling yang asing baginya sambil cuba mengingati apa yang berlaku. Tiba-tiba airmata mengalir di pipi Syafrina dengan deras.
“Mak cik, Rina kat mana nie? Mana ibu Rina?” Syafrina bertalu-talu menyoal wanita di hadapannya yang mungkin seusia dengan Hajah Salmah. Wanita itu senyap seketika kemudian meminta Syafrina tabah dan redha dengan takdir ilahi.
“Rina sekarang kat hospital. Ibu Rina dah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.” habis sahaja bicara wanita itu. Syafrina meraung dengan tangisan yang masih mengalir.
“Rina tak percaya… ibu takkan tinggalkan Rina. Mak cik tipu.” Syafrina menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menangis semahunya. Sesungguhnya dia telah ditinggalkan keseorangan di dunia ini. Syafrina teringat akan permintaan ibunya yang tak dapat dia tunaikan. Penyesalan yang datang bertimpa-timpa pada dirinya membuatkan Syafina meraung. Wanita itu menekan punat di kepala katil Syafrina seketika kemudian seorang doctor datang bersama dua orang jururawat. Syafrina merasa mengantuk dan keletihan yang amat sangat lalu dunianya menjadi gelap gelita secara tiba-tiba.

