Syafrina melangkah ke dalam bangunan pencakar langit dan naik ke tingkat 6 untuk menemu seorang penderma yang sudi membantu biaya pembedahan Faisal. Seorang perempuan sedang tekun menaip sesuatu di computer dan mendongakkan kepala apabila terdengar bunyi tapak kasut.
“Selamat tengah hari, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” di tag baju perempuan itu tertulis nama Atiqah. Atiqah melemparkan senyumannya pada Syafrina.
“Saya ada appointment dengan Encik Mikail.” Syafrina membalas senyuman Atiqah.
“Cik…..” tanya Atiqah.
“Balqis” sambut Safrina.
Atiqah menggunakan telefon yang berada di hadapannya dan bercakap untuk beberapa minit dengan seseorang. “Cik Balqis boleh naik ke tingkat 8 menggunakan lift tengah kemudian pergi ke arah kanan dan jumpa dengan setiausaha Encik Mikail.” terang Atiqah terperinci. Syafrina mengucapkan terima kasih dan melangkah menuju ke lift.
Syafrina mencari-cari tempat yang diterangkan Atiqah. Syafrina membuka pintu di hadapannya dan masuk untuk meninjau. Syafrina melihat terdapat sebuah cermin besar menghiasi dinding bilik itu. Apabila Syafrina pasti tiada apa dalam bilik itu, dia berpusing untuk keluar tetapi pintu tidak boleh dibuka. Syafrina menjerit meminta bantuan tetapi tiada sahutan dan cuba menenangkan dirinya. Syafrina fobia apabila ditinggalkan seorang diri di dalam bilik yang berkunci.
Airmata Syafrina tidak dapat di tahan apabila berhadapan dengan situasi begini dan menangis teresak-esak. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar membuatkan Syafrina meluru ke arah orang yang membukanya lalu menangis semahunya.
“Saudari, apa yang yang berlaku?” tanya seseorang yang bersuara garau. Menyebabkan Syafrina tersedar lalu mendongakkan kepalanya dan terus melepaskan pelukannya. ‘Gila la aku nie, kan dah terpeluk mamat nie’ omel Syafrina malu dengan tindakannya.
“Maaf, saya tak…..tak….” Syafrina gugup untuk memberi alasan.
“Takpe, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” lelaki dihadapannya bertanya.
“Boleh tak saudara bawa saya keluar dari bilik nie?” tanya Syafrina sambil mengesat sisa airmatanya.
Syafrina mengikuti lelaki itu dan dibawa ke sebuah tempat istirehat dan lelaki itu menghulurkan air mineral kepada Syafrina.
“Terima kasih dan terima kasih juga sebab menolong saya tadi.” Syafrina meneguk sedikit air mineral sambil memandang wajah lelaki dihadapannya. Seperti pernah dilihat wajah lelaki itu tapi Syafrina lupa di mana.
“Takpe, dah biasa. Macam mana saudari boleh jadi macam nie? tanya lelaki itu sambil melihat jam ditangan. Syafrina malu untuk menceritakan perihal sebenar sementa lelaki itu baru dikenalinya.
“Kalau saudari keberatan, saya tak memaksa.” lelaki itu mengukir senyuman dan sedikit sebanyak melegakan hati Syafrina. Lelaki itu meminta diri kerana ada urusan penting yang perlu diuruskannya. Syafrina teringat akan appointmentnya dan tergesa-gesa melangkah.
“Tumpang tanya, ini ke pejabat Encik Mikail?” tanya Syafrina sambil mengukir senyuman pada wanita dihadapannya. Wanita itu menganggukkan kepala sambil merenung Syafrina dari atas ke bawah.
“Saya ada appointment dengan Encik Mikail. Saya Balqis.” ujar Syafrina lega sambil mengenalkan dirinya.
“Maaf tapi Encik Mikail sudah keluar kerana ada urusan yang perlu diuruskan.” terang wanita itu sambil mencari sesuatu. “Tetapi dia ada tinggalkan cek untuk diserahkan kepada Cik Balqis.” wanita itu menghulurkan sekeping cek kepada Syafrina.
Syafrina teragak-agak untuk mengambilnya dan terkejut dengan angka yang ditulis di atas cek itu kerana melebihi biaya dari yang diperlukan.
“Betul ke cek yang nie? Salah cek kot.” tanya Syafrina tidak percaya.
“Tak salah, memang cek itu saja yang ditinggalkan bersama saya.” terang wanita muda itu.Wanita itu meneruskan kerjanya dan Syafrina termangu-mangu dengan angka yang tertulis di atas cek itu.

No comments:
Post a Comment