Kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu membuat Syafrina mempercepatkan langkahnya. Kelihatan Ikha dan Rosya tercungap-cungap dengan butiran percakapan yang tidak jelas.
"Cikgu....ada....ngan Filza." Syafrina bingung dengan cerita yang diberi oleh pelajarnya.
"
"Filza meracau-racau kat dorm cikgu. Penat kami tenangkan dia tapi tak berhasil. Cikgu ikut la kami ke atas." ujar Ikha dengan lebih tenang.
Syafrina dengan segera menyarungkan seliparnya dan bergegas menuju ke dorm Teratai 2. Kedengaran suara orang meracau dan menjerit, Syafrina melihat Filza sedang ditenangkan oleh empat pelajar lain. Syafrina menghampiri kumpulan pelajar tersebut lalu bertanyakan hal sebenarnya yang terjadi pada Filza.
"Kami tak tahu sangat cikgu tapi saya rasa saya nampak Filza main kat belakang asrama tadi petang cikgu." Fika memberitahu perkara tersebut.
"Bulat tolong amik
Iza yg mesra dengan panggilan Bulat, mengambil air dari botol yang telah tersedia di dalam dorm tersebut. Iza menghulurkan air itu kepada Syafrina.Syafrina membaca ayat-ayat al-Quran lalu merenjiskan air itu kepada muka Filza. Dengan segera baki di dalam air itu diberi pada Filza untuk minum. Filza dengan perlahan-lahan menyedarkan dirinya. Kesemua penghuni dorm Teratai 2 lega lalu memeluk Filza dan tidak kurang juga yang mengalirkn air mata.
"Kamu tak ape-ape ke Filza?" Syafrina bertanya pada Filza dan anggukan serta senyuman dari Filza melegakan hatinya.
"Kau nie Filza buat kitaorang susah hati je la, nasib baik kitaorang tak pengsan tadi." ujar Ikha beserta bimbangnya.
"Maaflah, aku sendiri pun tak taw ape yang jadi. Aku dapat mimpi ngeri tadi." Filza memberitahu selepas menarik nafas yang panjang.
"Kau tido tak basuh kaki ke? Yang kau tido senja-senja nie pun,kenape?" tanya Moriha kurang sabar.
"Sebenarnya aku bukan tak basuh kaki tido tadi." kelihatan Filza segan untuk menyatakan sesuatu.
"Habis tu kau wat ape je tadi?" Ein tidak sabar untuk mendengar jawapan Filza.
"Aku....emm...tak mandi lagi sebenarnya." dengan serta merta muka Filza bertukar merah.
"Patut la dari tadi aku bau macam ade bende masam rupanya kau tak mandi lagi." Rosya memeriahkan keadaan dengan lawaknya.
Kedengaran riuh rendah dari dorm Teratai 2 dengan gelak tawa pelajar. Syafrina yang menjadi pemerhati hanya ketawa kecil beserta gelengan mengenangkan bermacam ragam perangai pelajarnya.
"Sudah-sudah semua, yang belum mandi lagi pergi mandi. Maghrib dah nak masuk nie, nanti ade yang x sempat ke surau plak." Syafrina meredakan keriuhan mereka supaya tidak tertinggal solat Maghrib serta untuk memperingatkan jadual asrama mereka.
"Filza lain kali sebelum tido petang, kamu mandi la dulu ye. Macam-macam bende berkeliaran waktu senja nie dan ikut kamu." Syafrina menasihati Filza supaya kejadian ini tidak berulang lagi.
"Saya akan ingat dengan pesanan cikgu, saya tak akan mengulanginya lagi." Filza berjanji pada Syafrina dan dirinya sendiri.


No comments:
Post a Comment