DOOM!!! Syafrina terkejut dan segera keluar dari kereta. Keretanya telah berlanggar dengan kereta sport mewah berwarna merah, Syafrina menenangkan dirinya yang baru terkejut tadi. Syafrina menoleh ke arah kereta sport merah itu, seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari tempat pemandu. Pakaian lelaki itu menunjukkan yang dia adalah seorang ahli korporat dan tampil segak.
“Maaf encik, saya tak sengaja. Berapa ganti rugi yang perlu saya bayar?” tanya Syafrina walaupun dia pasti jumlah ganti rugi kereta itu melebihi separuh gajinya.
Tiada jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Syafrina menoleh dan melihat lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kedengaran bunyi pecutan kereta lelaki itu dan Syafrina kehairanan berserta bermacam-macam persoalan muncul di benak kepalanya.
“Kenapa dengan kereta kamu nie?” persoalan pertama yang diaju oleh ibunya. Syafrina mendapatkan ibunya dan menyalami tangan ibunya.
“Apa kabar ibu? Ibu sihat?” tanya Syafrina bagi menukar topik.
“Alhamdulilah, ibu sihat walafiat. Tapi kenapa dengan kereta kamu nie? Hajah Salmah masih menginginkan jawapan walaupun Syafrina ingin mengelak soalan itu.
“Takde apa-apa ibu, cuma Rina kemalangan sikit je tadi.” terpaksa Syafrina menjawab walaupun dia tidak mahu ibunya susah hati.
“Kamu nie Rina, nasib baik lah kamu tak apa-apa. Kamu berlanggar dengan apa?” soal Hajah Salmah lega.
“Rina berlanggar dengan kereta, bu. Rina yang salah sebab berkhayal masa bawa kereta tadi.” Syafrina melepaskan nafas yang berat.
“Abis pemandu tu minta berapa ganti rugi dari kamu?” tanya Hajah Salmah.
“Pemandu tu tak minta apa-apa, bu. Dia terus pergi lepas tengok keadaan kereta, tak sempat nak berbincang dengan dia.” soalan yang tidak dapat difikirkan jawapannya oleh Syafrina.
“Dah lah Rina, tak usah difikirkan sangat. Kamu mesti lapar, pergi lah mandi dulu. Ibu dah sediakan makanan kat dapur tu.” nasihat Hajah Salmah dan dia bersyukur tidak apa-apa berlaku kepada Syafrina.
Syafrina melihat ibunya sedang menonton televisyen dan terus duduk di atas sofa bersebelahan ibunya.
“Ibu, apa perkara penting yang ibu nak bagi tau Rina nie?” tanya Syafrina kerana ibunya beria-ia menyuruhnya pulang.
“Kita berbincang lepas makan jelah, Rina. Lauk dan nasi ibu dah hidangkan, nanti sejuk pulak .”
Syafrina menggangukkan kepalanya kerana perutnya sendiri sedang memainkan irama keroncong. Seingatnya, dia dalam sehari itu hanya menjamah makanan sekali je, itu pun makan sarapan pagi. Selesai makan malam, mereka dua beranak duduk di ruang tamu untuk berbincang.
“Apa perkara penting tu ibu?” Syafrina tidak sabar ingin tahu.
Kelihatan Hajah Salmah teragak-agak untuk memberitahu dan senyap seketika ruang tamu itu.
“Ibu nie wat Rina rasa suspen je lah, cakap je lah ibu.” Syafrina
“Dulu masa ibu muda, seorang bayi perempuan telah ditinggalkan di depan rumah ibu.” Hajah Salmah berhenti untuk melihat reaksi anaknya.
“Apa kena mengena hal nie dengan perkara yang ibu nak bagi tau Rina?” Syafrina
“
“Ibu tak pernah berkahwin sebelum ini Rina kerana ibu pernah menghidap barah rahim dan rahim ibu terpaksa dibuang. Ibu tidak mahu berkahwin kerana takut suami ibu meninggalkan ibu kerana kekurangan ibu. Jadi ibu pun mengambil keputusan untuk menjaga kamu kerana ibu jatuh sayang pada pertama kali ibu bertemu dengan kamu.” Hajah Salmah mengenggam tangan Syafrina.
“Maafkan ibu sebab merahsiakan perkara sebenar tentang diri kamu.” Hajah Salmah menitiskan air mata.
“Takpe la ibu, Rina bersyukur walaupun ibu bukan ibu kandung Rina. Ibu tetap menyayangi Rina seperti anak kandung ibu sendiri.” Syafrina tersenyum dan mengesat air mata ibunya.
“Ibu harap Rina tidak abaikan ibu walaupun ibu bukan ibu kandung Rina. Ibu dah tak ada sesiapa lagi di dunia ini melainkan Rina.” Hajah Salmah memeluk Syafrina dengan erat.
“Ibu jangan risau, Rina tak akan sesekali mengabaikan ibu. Bagi Rina, ibu lah ibu kandung Rina dunia dan akhirat.” Syafrina menangis semahunya di dalam pelukan Hajah Salmah.
“Rina sayang ibu” Syafrina mengucup tangan dan pipi Hajah Salmah.


No comments:
Post a Comment